kisah pendeta yang insaf

Ibrahim Al-Khawas ialah seorang wali allah yang terkenal dengan keramat dan dimakbulkan segala doanya oleh tuhan. Beliau pernah menceritakan suatu peristiwa yang pernah dialaminya. katanya, "menurut kebiasaanku, aku keluar menziarahi mekah tanpa kenderaan dan kafilah. Pada suatu kali, tiba-tiba aku tersesat jalan dan kemudian aku berhadapan dengan seorang rahib Nasrani [pendeta kristian]".

Bila dia melihat aku, dia pun berkata, "wahai rahib Muslim, bolehkah aku bersahabat denganmu?". Ibrahim segera menjawab "Ya, tidaklah aku menghalangi kehendakmu itu". Maka berjalanlah Ibrahim bersama dengannya selama tiga hari tanpa meminta makanan sehinggalah rahib itu menyatakan rasa laparnya kepadaku, katanya "Tiadalah yang ingin aku memberitakan kepadamu bahawa aku telah menderita kelaparan. Kerana itu berilah aku sesuatu makanan yang ada padamu.

Mendengar permintaan rahib itu, lantas Ibrahim pun bermohon kepada Allah dengan berkata, "Wahai tuhanku, pemimpinku, pemerintahku, janganlah engkau memalukan aku dihadapan seteru engkau ini. Belum habis Ibrahim berdoa, tiba-tiba turunlah setalam hidangan dari langit berisi dua keping roti, air minuman, daging masak dan tamar. Maka mereka pun makan dan minum bersama dengan seronok sekali.

Sesudah itu, aku pun meneruskan perjalananku. Sesudah tiga hari tiada makanan dan minuman, maka di kala pagi, aku pun berkata kepada rahib itu "Hai rahib Nasrani, berikanlah ke mari sesuatu makanan makanan yang ada pada kamu". Rahib itu pun menghadap kepada Allah, tiba-tiba turun setalam hidangan dari langit seperti yang diturunkan kepadaku dulu.

Sambung Ibrahim lagi, "Tatkala aku melihat yang demikian, maka aku pun berkata kepada rahib itu - Demi Kemuliaan dan Ketinggian Allah, tiadalah aku makan sehingga engkau memberitahukan aku [hal ini] kepadaku".

Jawab rahib itu, "Hai Ibrahim, Tatkala aku bersahabat denganmu, maka jatuhlah telekan makrifah [pengenalan] engkau kepadaku, lalu aku memeluk agama engkau. Sesungguhnya, aku telah membuang-buang masa di dalam kesesatan dan sekarang aku telah mendekati Allah dan berpegang kepada-Nya. Dengan kemuliaan engkau, tiadalah dia memalukan aku. Maka terjadilah kejadian yang engkau lihat sekarang ini. Aku telah mengucapkan seperti ucapanmu [kalimah syahadah].

mukkadimash


zakiran & zaujaani



peaceassalamualaikum.....

saya zakiran bin abdul razak.umur mencecah 15 tahun
iaitu tingkatan 3. mempunyai minat dalam menelaah
bahasa arab. bersekolah di sek. men. keb. agama melor.
anak kelapan daripada 8 orang beradik. suka menanam
pokok herba dan melayari internet. pada waktu lapang
saya menghafaz al-quran ataupun menterjemahkan
teks bahasa arab. tapi,selalunya saya bersiar-siar atau
berborak jika bosan dengan aktiviti harian. saya suka makan mi goreng dan buah mangga. air oren menjadi
pilihan saya.

terimalah pantun daripada saya:.................sengihnampakgigi

salam ukhuwah salam perpaduan,
blog ini saya persembahkan,
assalamualaykum saya mulakan,
harap dinobatkan sebagai kawan.

Facebook Badge

Pengikut

hiwwAr


ShoutMix chat widget

tiMeR

Labels