hadis2 solatlah dengan tenang

Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila sembahyang telah dimulai, maka janganlah kamu mendatanginya dengan tergesa-gesa, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dalam keadaan tenang. Sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang yang belum ditunaikan

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 944

Hadis Abi Qatadah r.a katanya:
Ketika kami mendirikan sembahyang bersama Rasulullah s.a.w. Tiba-tiba terdengar satu suara yang kuat. Rasulullah s.a.w bertanya: Apakah yang terjadi kepada kamu? Para sahabat menjawab: Kami tadi tergesa-gesa untuk sembahyang. Rasulullah s.a.w bersabda: Jangan lagi kamu lakukan begitu apabila kamu datang untuk sembahyang, tetapi hendaklah kamu mendatanginya dengan tenang. Sembahyanglah sekadar yang kamu sempat dan sempurnakanlah rakaat sembahyang yang masih belum ditunaikan

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 948

hadis1

Hadis Aisyah isteri Rasulullah s.a.w katanya:
Pada suatu malam, pernah Rasulullah s.a.w menangguhkan sembahyang Isyak sehingga keadaan benar-benar sudah gelap. Namun Rasulullah s.a.w masih belum keluar, sehingga Umar bin Al-Khattab berkata: Orang-orang perempuan dan kanak-kanak sudah tertidur. Sebentar kemudian Rasulullah s.a.w keluar lalu bersabda kepada para sahabat yang berada di masjid: Tidak ada seorang pun di antara penghuni bumi ini yang menunggunya selain daripada kamu. Perkara ini terjadi sebelum Islam tersebar dikalangan manusia

Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1008

Facebook Badge

Pengikut

hiwwAr


ShoutMix chat widget

tiMeR

Labels